PERKHEMAHAN PERDANA BSMM JELEBU 2015

MARI BERKONGSI MAKLUMAT

Sunday, October 17, 2010

PRINSIP-PRINSIP DAN ASAS PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH

Emblem
PRINSIP-PRINSIPDAN ASAS PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH




Kemanusian

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan
tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah
dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud. tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan
kesihatan, serta hormat menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan,
kerjasama dan kedamaian yang berkekalan dikalangan manusia.

Kesaksamaan
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. tujuan
asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada keskes
kecemasan
yang paling serius.

Keberkecualian
Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak menyebelahi manamana
pihak yang bermusuh dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau
ideologi.

Kebebasan
Walaupun berupa badan sokongan kepada pihak berkuasa awam dan tertakluk kepada undangundang
negara, Persatuan tetap menjaga otonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan.

Khidmat Sukarela
Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan untuk mencari keuntungan.

Ketunggalan
Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Pesatuan ini
hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.

Kesejagatan
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, di mana semua
Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantumembantu
di antara satu
sama lain.

STATISTIK KEAHLIAN BELIA BSMM CABANG JEMPOL




BIL
NAMA SEKOLAH
KEAHLIAN BELIA BSMM JEMPOL


LELAKI
PEREMPUAN
JUMLAH
1
SMK Bandar Baru Serting



2
SMK Seri Jempol



3
SMK Serting Hilir Kompleks



4
SMK Bahau 2



5
SMK Bahau 1



6
SMK Datuk Mansur



7
SMK Seri Perpatih



8
SMK Batu Kikir Model Khas



9
MRSM Serting



10
SMK Palong 2



11
SMK Pasoh 2



12
SMK Palong 7



13
SMK Palong 11



14
SMK Lui Barat



15
SMKA Dato Haji Mustaffa



16
SBP Integrasi Jempol



JUMLAH AHLI